Monday, November 9, 2009










Hambar adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan aktiviti memancing pada hujung minggu lepas. banyak persoalan berlegar di fikiran apabila hanya 2 ekor pacu (200 g setiap satu) berjaya didaratkan oleh nelayan2 utara sepanjang 4 jam berjemur di bawah terik mentari. sentapan anak talapia sekadar menghabiskan umpan, tetapi bagi sesetengah pemancing, ia menjadi pengubat hati atau dengan kata lain, 'oklaa..dari tak dapat apa2'. teriakan kekili pemancing2 lain berselang seli 2-3 minit sekali menandakan adanya sentapan rohu. bagi kami ber-6, teriakan kekili tidak berlaku, hanya teriakan perut yg berselang seli terutamanya perut nelayan utara. tidak hairanlah mengapa hanya mereka yg berjaya mendaratkan ikan di kalangan kami. berikut, dipaparkan antara sebab musabab mengapa hasil tangkapan kurang pada aktiviti memancing hari tersebut:
  • Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
  • Umpan Pisang/pandan kurang menyelerakan rohu. Mungkin ikan rohu mahukan umpan yang lg power. (rohu nk mkn burger abg mie kot).
  • Kehadiran 'ehem-ehem' berbaju putih dalam ekspedisi kali ini. (nasib baik dia ada).
  • penggunaan joran yang telah dilangkah beberapa kali.
  • tindakan sabotaj rakan nelayan lain. (tindakan menyepak joran banyak kali).
  • umpan yang brader x berbaju(paling banyak dapat ikan) gunakan mengandungi syabu dan dadah penenang yg lain.
walaubagaimanapun, ekspedisi kali ini dapat 'release tension' dan mengeratkan lagi silaturahim sesama rakan sebaya. at least boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan. untuk kesekian kalinya, nelayan selatan mengucapkan terima kasih kepada nelayan2 utara atas penganjuran aktiviti ini. arigato gozaimas.


p/s: ujan pon gua redah je..tp panas giler aritu, itam gua.

2 comments:

  1. hek elehhhh..tgk blog gua..gua dah update

    ReplyDelete
  2. huhu..aku bz la minggu ni..next week la wat post psl last week..huhu

    ReplyDelete