Friday, January 29, 2010


Alo kawan....berjumpa lagi kita dalam blog saya. Sulah lama gua talak update ini blog, rasa2nye dekat 2 bulan. bukan apa, gua pon sulah lama talak tulun memancing. last gua mancing ikan keli dekat kolam depan umah gua..kompem dapat maa..x payah bayar punya.

Setelah menyepi 2 bulan lepas, gua pon dipelawa oleh lakan2 gua memancing di utala tanah air. gua pon apa lagi, gua packing terus gua berangkat ke utara. itu hali, hali ahad...sabtu gua main badminton piala super maa..tp kalah (saja2 kalah sb gua punya partner ada kileja mau buat). gua pon sulah lama x main..tulang rusuk gua sudah mau retak.. kalah pon dgn member gua..jadi, talak laa regret sgt. ini gua nk citer pasal badminton ka mau citer pasal memancing?

Gua teluskan citer..hali itu hali ahad...ala 4 olang ikot.. syed unikorn, pdot temekung, din dang dan gua maa...kami bertolak pagi2 dalam kul 9. sampai sg.petani dalam kul 11.. sampai sana, kami telus disambut oleh iwan (pekerja kolam yang ramah tamah & berkebolehan membuat sebarang keja). lepas beli umpan talapia n udang drpd ah tai (abg si tai), kami pon memancing kt kolam 1.

ooo...gua sulah lupa mau bagitau lu olang. xpdc kali ini adalah utk memburu siakap.. bukan main2 maa..butut2 punyaa..hali itu, umpan anak talapia paling mencuri perhatian siakap. Hasil pon ok laa kt kolam 1..dalam 10 ekor kami dpt..paling besar, syed unikorn dapat.. 'besar woo' ujar syed sambil mendepa tgnya... tp terlepas..hahaha

lepas 2 jam kt kolam 1, kami try kt kolam 2...mmg ikan kt situ lapar2...pantang letak..mesti disambar.. umpan anak talapia berjumlah lebih 70 ekor abes..mmg layan.. tp suma hasil harus dilepas balik ke kolam..kami bwk 1 utk dimasak..pd suma kaki2 mancing, try laa kolam nih, berbaloi-baloi..wlupon x terer mancing mcm syed, anda tetap berpuas ati..

p/s: sape bran, terjun kolam mcm iwan..






Monday, November 9, 2009










Hambar adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan aktiviti memancing pada hujung minggu lepas. banyak persoalan berlegar di fikiran apabila hanya 2 ekor pacu (200 g setiap satu) berjaya didaratkan oleh nelayan2 utara sepanjang 4 jam berjemur di bawah terik mentari. sentapan anak talapia sekadar menghabiskan umpan, tetapi bagi sesetengah pemancing, ia menjadi pengubat hati atau dengan kata lain, 'oklaa..dari tak dapat apa2'. teriakan kekili pemancing2 lain berselang seli 2-3 minit sekali menandakan adanya sentapan rohu. bagi kami ber-6, teriakan kekili tidak berlaku, hanya teriakan perut yg berselang seli terutamanya perut nelayan utara. tidak hairanlah mengapa hanya mereka yg berjaya mendaratkan ikan di kalangan kami. berikut, dipaparkan antara sebab musabab mengapa hasil tangkapan kurang pada aktiviti memancing hari tersebut:
  • Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
  • Umpan Pisang/pandan kurang menyelerakan rohu. Mungkin ikan rohu mahukan umpan yang lg power. (rohu nk mkn burger abg mie kot).
  • Kehadiran 'ehem-ehem' berbaju putih dalam ekspedisi kali ini. (nasib baik dia ada).
  • penggunaan joran yang telah dilangkah beberapa kali.
  • tindakan sabotaj rakan nelayan lain. (tindakan menyepak joran banyak kali).
  • umpan yang brader x berbaju(paling banyak dapat ikan) gunakan mengandungi syabu dan dadah penenang yg lain.
walaubagaimanapun, ekspedisi kali ini dapat 'release tension' dan mengeratkan lagi silaturahim sesama rakan sebaya. at least boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan. untuk kesekian kalinya, nelayan selatan mengucapkan terima kasih kepada nelayan2 utara atas penganjuran aktiviti ini. arigato gozaimas.


p/s: ujan pon gua redah je..tp panas giler aritu, itam gua.

Wednesday, November 4, 2009


Arakiannya, pertembungan dengan nelayan utara tidak dapat dielakkan lagi.. benar kata pepatah, 'ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua' (karam et.al, 2008). cuma dalam cabaran ini, pertemuannya di kolam berbayar..laut gelora selamba ku tempuh, inikan pula kolam buatan. pertembungan nelayan2 seperti kami ni di jangka sengit tambahan pula mereka sudah biasa memancing di kawasan ini. berbekal joran dipinjamkan rakan, insyaAllah, mohd pacu 4 kilo hamba daratkan. doa rakan-rakan nelayan kerbau (syed), nelayan 5 ringgit (mat pit), nelayan gamers (lendu), nelayan tua yg sudah bersara (org tua) dan rakan sebaya yg lain akan mengiringi keberangkatan ke utara tanah air. Tambahan pula Mohd Bohaijot telah menurunkan ilmu murah rezeki kepada aku..awas nelayan utara, aku datang!!


p/s: hujan pon gua redah jer..tp naik kancil AED laaa..

Monday, November 2, 2009


Dah menggeletar tangan ni...bukannya sbb sakit parkinson, tp dek terlalu lama tidak memancing. hujung minggu ni rasanya ingin menyahut cabaran nelayan utara mendaratkan mohd pacu berkeberatan 3-4 kilo..agak tercabar mendengar mereka berjaya mendaratkan bertan-tan (bukan khatijah tan) ikan semasa memancing di laut bergelora. dengan hasil sebegitu banyak, agaknya mereka tidak perlu lagi memancing untuk tempoh berbulan lamanya. salah sorang rakan nelayan utara memberitahu, ikan2 tersebut siap sedia untuk dibuat belacan... emm, memang suatu langkah yg bagus bg menambah pendapatan.. harap2 hasil yg sedemikian banyaknya tidak dijadikan alasan untuk tidak memancing bersama hujung minggu ini... dan pesanan kepada pengusaha restoran di utara, siap sedia dgn kuali yg besar untuk menggoreng mohd pacu yg bakal aku naikkan.


p/s: hujan2 pon gua redah je..ada bran xder bran je bro..

Thursday, October 29, 2009

Hujan 2-3 minggu kebelakangan nih mengakibatkan aktiviti memancing terpaksa ditunda. hasil terakhir, mohd pacu dgn berat 3 kilo yg berjaya dipancing 3 minggu lepas sudah abes dijamah. sebagai seorang nelayan tegar yg bergantung idop dgn hasil tangkapan, terpaksalah meredah hujan utk sesuap santapan.. hujung minggu ini perjuangan harus diteruskan.. Tambahan pula rakan nelayan di utara tanah air giat mencari kawasan baru mencari hasil.

p/s: Hujan pon gua redah je.